Search
Close this search box.
Presiden STU, Kullin Djayang

STU sambut baik pengumuman Premier Sarawak baik pulih sekolah daif

KUCHING, 24 Jun: Kesatuan Guru Sarawak (STU) melihat secara positif pengumuman Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkaitan membaik pulih sekolah daif di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Presiden STU, Kullin Djayang berkata, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Premier Sarawak dan semua barisan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sudah begitu lama semua pihak termasuk STU menyuarakan tentang membaik pulih sekolah daif untuk menjadi satu isu yang perlu diambil berat oleh semua pihak khasnya Kementerian Pendidikan dan juga kerajaan negeri, dengan pengumuman oleh Premier ini maka ia telah memberikan sedikit kelegaan dalam usaha memperkasakan pendidikan di Bumi Kenyalang ini.

“Kita sentiasa berharap pihak kerajaan GPS sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam mengenal pasti sekolah terbabit yang memerlukan penyelenggaraan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, selain itu banyak juga kemusnahan akibat bencana alam seperti banjir juga perlu diambil perhatian, segala peruntukkan kerajaan negeri yang diberikan haruslah digunakan sepenuhnya tanpa sebarang ketirisan.

“STU sentiasa terbuka untuk segala perbincangan dengan JPN Sarawak dan kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan pendidikan di negeri ini. Sebagai kesatuan guru kita mahukan semua ahli dan juga guru yang bertugas di Sarawak boleh bertugas dengan selesa serta berada dalam keadaan selamat di sekolah masing-masing.

“Di samping itu juga kita mahukan keadaan yang lebih kondusif bagi pelajar wujud di semua sekolah khasnya di luar bandar dan pedalaman. Ini penting bagi merapatkan jurang pendidikan antara kawasan pedalaman dengan kawasan bandar,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan