Search
Close this search box.
Sarawak yakin mampu merekodkan bilangan kemasukan pelancong tertinggi pada tahun ini melebihi 4.6 juta individu berdasarkan kadar peningkatan semasa yang direkodkan. Foto TVS

Sarawak yakin mampu catat kemasukan pelancong melebihi 4.6 juta tahun ini

KUCHING, 24 Jun: Sarawak yakin mampu merekodkan bilangan kemasukan pelancong tertinggi pada tahun ini melebihi 4.6 juta individu berdasarkan kadar peningkatan semasa yang direkodkan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat bulan Januari sehingga Mei tahun ini Sarawak telah merekodkan 2.06 juta kemasukan pelancong melebihi jumlah yang direkodkan dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Katanya, menjelang bulan September atau Oktober tahun ini Sarawak mampu mencapai empat juta jumlah kemasukan pelancong dan seterusnya melebihi angka 4.6 juta menuju bulan Disember kelak.

“Saya melihat tahun ini dan tahun- tahun hadapan akan semakin meningkat dan setakat Januari sehingga Mei tahun ini kita sudah mencatat 2.06 juta kemasukan pelancong melebihi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Secara peribadi saya rasa tahun ini akan merekodkan jumlah pelawat paling ramai kerana yang tertinggi pernah direkodkan ialah 2019 iaitu 4.6 juta jadi menjelang September atau Oktober tahun ini saya yakin kita akan mencecah 4 juta dan akan lebih daripada 4.6 menuju Disember,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media sebelum Dancing Queen Concert A Tribute To Abba And Queen di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Ahad.

Tambahnya, mana-mana perancangan pembinaan projek perhotelan yang telah diluluskan hendak disegerakan agar ia mencukupi untuk menampung kemasukan pelancong yang hadir kerana Sarawak senantiasa menganjurkan pelbagai acara tahunan yang berterusan.

Ujarnya lagi, pembinaan hotel baharu bertaraf lima bintang atau pada kategori lain termasuk homestay amat dialu-alukan untuk dilaksanakan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan