Search
Close this search box.
Ketua Agensi Siber dan Kripto Nasional (BSSN) Indonesia, Hinsa Siburian ketika memberikan kenyataan mengenai penggodaman Pusat Data Negara (PDN).

Pusat Data Nasional digodam, pentadbiran perkhidmatan awam di seluruh Indonesia terjejas

ByTVS

JAKARTA, 24 Jun: Agensi Siber dan Kripto Nasional (BSSN) Indonesia melaporkan bahawa Pusat Data Nasional (PDN) telah digodam dan ‘server database’ telah diserang oleh serangan ‘brain chiper ransomware’ terbaru dipanggil lockbit 3.0.

Perkara itu didedahkan Ketua BSSN, Hinsa Siburian yang menyebut akibat kejadian berkenaan keseluruhan pentadbiran perkhidmatan awam di seluruh Indonesia terjejas dalam beberapa hari ini seperti perkhidmatan Imigresen, perkhidmatan penduduk dan lain-lain yang menggunakan pangkalan data.

Menurutnya, PDN yang mengandungi semua data rakyat Indonesia itu digodam yang memungkinkan kecurian data oleh penggodam.

“Ini adalah serangan siber dalam bentuk Ransomware, daripada serangan ransomware ini data warga Indonesia berpotensi tidak selamat, tetapi pihak kami telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga termasuk menukar maklumat atau menyulitkan data warga untuk keselamatan sementara,” katanya.

Ia juga mengesahkan bahawa serangan itu dilakukan oleh penggodam sambil menuntut wang tebusan AS$ 8 juta atau RM 37.7 juta untuk membaiki PDN.

Bagaimanapun, pada masa ini ia tidak dapat mengesahkan bahawa terdapat penyalahgunaan data warganegara yang berkaitan dengan serangan penggodam.

Beliau juga menegaskan bahawa BSSN telah berkoordinasi dengan Kominfo, dan Pasukan Jenayah Siber Polis, untuk menjalankan siasatan digital forensik bagi mengenal pasti dan menangani masalah berkaitan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan