Search
Close this search box.
MPC komited sokong agenda hidrogen Kerajaan Sarawak dengan membangunkan Profil Awan Industri Hidrogen. Foto MPC Wilayah Sarawak

MPC sokong agenda Kerajaan Sarawak perkasa industri hidrogen

ByAmirah Shawel

KUCHING, 24 Jun: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) komited untuk menyokong agenda Kerajaan Sarawak dalam memperkasa industri hidrogen melalui Pembangunan Profil Awan Industri Hidrogen.

Pengarah MPC Wilayah Sarawak, Dr Mazlina Shafi’i berkata, profil tersebut membantu membangunkan rangka kerja peraturan berdasarkan kepakaran dan pengalaman sedia ada dalam sektor berkenaan.

Menurutnya, Profil Awan Industri Hidrogen dibangunkan bagi mewujudkan rangka kerja pengawalseliaan komprehensif untuk memudahkan pertumbuhan di sepanjang rantaian nilai hidrogen.

“Ini adalah melalui penetapan struktur tadbir urus oleh pihak berkuasa kawal selia bagi memantau dan menyediakan pengawasan terhadap industri yang dikawal selia serta menjamin ketelusan dalam industri yang menggalakkan pelaburan rangkaian yang cekap,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, MPC telah berkolaborasi bersama Institut Tenaga Lestari dan Diperbaharui (ISuRE) serta Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam pembangunan profil tersebut.

Dr Mazlina berkata, pihaknya berhasrat untuk menyediakan panduan bagi tadbir urus tenaga hidrogen yang akan melibatkan kerjasama jitu antara pihak kerajaan dan industri.

“Aspirasi ini sekali gus akan menggalakkan pelaburan dalam dan luar negara serta menambahbaik kedudukan Malaysia dalam World Competitiveness Ranking (WCR) untuk Competitiveness Factor: Infrastructure (Energy Infrastructures Current Ranking: 20 dan Renewable Energies (%) Current Ranking: 53),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan