Search
Close this search box.
Tiga lelaki diditahan berkaitan satu video yang tular berdurasi 13 saat daripada akaun telegram berhubung kejadian seorang lelaki mengacukan pistol kepada seorang lagi lelaki. Foto IPD Kuching

Gurau acu pistol, polis tahan tiga lelaki

KUCHING, 24 Jun: Tiga lelaki diditahan berkaitan satu video yang tular berdurasi 13 saat daripada akaun telegram berhubung kejadian seorang lelaki mengacukan pistol kepada seorang lagi lelaki yang berada di dalam sebuah motokar di kawasan parkir kenderaan Metrocity, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, sepasukan polis dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD
Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah berjaya menangkap lelaki tempatan berusia lingkungan 23 hingga 26 tahun di kawasan Matang pada jam 2.30 petang semalam.

“Turut dirampas adalah sepucuk pistol tiruan dan sebuah motokar jenis Perodua Axia.

“Hasil soal siasat awal ke atas ketiga -tiga suspek, mengaku terlibat dalam video tular tersebut dan tujuan video dirakam hanya untuk gurauan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai satu rekod lampau melibatkan jenayah kekerasan.

“Kesemua suspek akan direman pada 24 Jun 2024 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” tegasnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan