Search
Close this search box.
Ahli Dewan Rakyat bertafakur sebagai tanda mengenang pemergian dua tokoh, Datuk Mutang Tagal dan Tan Sri Joseph Kurup baru - baru ini.

Dewan Rakyat zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal, Joseph Kurup

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Sidang Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yang di-Pertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lepas.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Mutang yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Mas merupakan seorang pemimpin yang komited dalam usaha mereformasi Parlimen Malaysia.

Kata beliau, Mutang juga amat prihatin terhadap kebajikan rakyat.

“Negara juga kehilangan seorang lagi tokoh politik, mendiang Tan Sri Joseph Kurup yang meninggal dunia pada 17 April lepas.

“Mendiang merupakan mantan Ahli Parlimen Pensiangan dan pernah menjadi anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan di beberapa kementerian. Mendiang juga merupakan bapa kepada Yang Berhormat Pensiangan (Arthur Joseph Kurup) sekarang,” katanya.

Bagi pihak Dewan Rakyat, Johari berkata, beliau merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga kedua-dua mendiang.

“Saya mengharapkan agar ahli keluarga kedua – dua mendiang terus tabah.

“Kepada semua ahli dewan, marilah kita berdiri dan bertafakur sebagai tanda penghormatan kepada kedua – dua mendiang yang banyak berjasa kepada negara tercinta ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan