Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka sebanyak tujuh kertas siasatan terhadap premis yang dikesan menaikkan harga barangan selepas penyarasan subsidi diesel. Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Tujuh kertas siasatan kes naik harga barang dibuka selepas penyarasan subsidi diesel

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan sebanyak tujuh kertas siasatan dibuka terhadap premis yang menaikkan harga barangan selepas penyarasan subsidi diesel.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, sejak 2 Mei lepas, pihaknya telah turun padang untuk mengumpul data membabitkan 1,772 harga barang.

Jelas Fuziah, ini bagi membolehkan perbandingan harga dibuat apabila penyarasan dilaksanakan.

“(Sepanjang tempoh itu sebanyak) 2,700 premis telah diperiksa. (Hasilnya) sebanyak  210 notis bertulis dikeluarkan (dan kita) buka tujuh kertas siasatan.

“Beberapa hari pertama, ada pihak yang ambil kesempatan tapi selepas keluar notis, (kita) panggil dan minta mereka (premis) jawab mengapa harga naik, data terkini (menunjukkan kenaikan harga) agak terkawal,

“(Pihak) yang hendak ambil kesempatan (mereka) fikir banyak kali,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Fuziah menjawab soalan tambahan Dato Sri Richard Riot Jaem (Gabungan Parti Sarawak – Serian) yang ingin tahu mekanisme dilaksanakan kerajaan bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan susulan penyarasan subsidi diesel.

Sementara itu kepada soalan asal Richard Riot yang ingin tahu tindakan KPDN mengawal masalah kenaikan harga barangan keperluan asas, Fuziah berkata, beberapa langkah termasuk pemberian subsidi dilaksanakan oleh kerajaan.

Pada masa sama, Fuziah berkata, sebagai ekonomi pasaran bebas, harga barangan bergantung kepada penawaran dan permintaan.

“Namun KPDN ada beberapa mekanisme (dengan) yang pertama kawalan harga menerusi harga siling membabitkan barangan asas seperti minyak masak paket, gula, telur gred A, B dan C dan gas petroleum cecair (LPG).

“Mekanisme kedua kita laksanakan harga siling pada musim perayaan iaitu ketika permintaan tinggi,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan