Search
Close this search box.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap agar setiap negeri menumpukan niche berbeza untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong asing.Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Rakyat: Setiap negeri perlu promosikan bidang berbeza tarik pelancong

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap agar setiap negeri menumpukan niche berbeza untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong asing.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, sekiranya negeri – negeri di Malaysia mempromosikan perkara sama, ia akan menjejaskan sudut kompetitif selain semakin sukar untuk bersaing dengan negara jiran.

Katanya kementerian bercadang untuk mempromosikan Pulau Langkawi sebagai destinasi mesra pelancong Islam.

“Baru baru ini kita (MOTAC) ke Pulau Langkawi (dan mendapati untuk) bersaing hebat dengan pulau di negara jiran, mungkin agak sukar.

“(Oleh itu) mungkin kita akan posisikan Pulau Langkawi sebagai muslim preferred destination supaya ia lebih ke arah kekeluargaan, riadah dan kerohanian,” katanya pada Sesi Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (Pakatan Harapan – Seputeh) yang ingin tahu strategi dan persiapan MOTAC untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2024 serta halangan yang dihadapi oleh kementerian dalam membuat persiapan.

Sementara itu Khairul Firdaus menegaskan, Kerajaan Madani tidak pernah menganaktirikan mana – mana negeri dan usaha berterusan dilaksanakan untuk memromosikan industri pelancongan.

“Ini sebabnya menteri saya (Datuk Seri Tiong King Sing mahu kita) angkat Pulau Langkawi sebagai pulau terunggul di negara kita,” katanya.

Berkenaan isu kawasan laut di pulau itu yang didakwa kotor oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, Khairul Firdaus berkata, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, usaha memaksimakan tekonologi digital dalam sektor pelancongan telah membuahkan hasil apabila Malaysia mencatatkan peningkatan ketibaan pelancong asing.

“Kalau kita lihat data terkini, ketibaan pelancong pada 2023 sehingga April adalah 5.930 juta pelancong. Manakala bagi tahun ini, kita telah menerima 7.56 pelancong bagi tempoh sama.

“Ini secara jelas menunjukan strategi yang kita paparkan dan hidangkan sedikit sebanyak memberi kesan yang baik,” jelasnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan