Search
Close this search box.
Dato Sri Doris Sophia Brodi bercakap kepada TVS di Parlimen. Foto, Alex Teo (TVS).

Dewan Rakyat: Pindaan RUU Keselamatan Sosial Pekerja manfaatkan 1.5 juta pekerja

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie yakin seramai 1.5 juta pekerja akan menerima manfaat sekiranya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) diluluskan.

Jelas beliau, hasrat untuk memperkenalkan kadar caruman baharu menerusi pindaan berkenaan mampu meningkatkan dana keselamatan sosial negara.

Katanya, pindaan juga boleh beri manfaat kepada kumpulan pekerja yang bergaji melebihi RM5,000 hingga RM6,000.

“Ini bukan sahaja meningkatkan dana keselamatan sosial tetapi turut memastikan kelestarian sistem tersebut.

“Oleh itu dengan dana yang kukuh, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan dapat memberikan faedah lebih baik, stabil dan lestari kepada para pekerja,” kata Doris.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menyokong cadangan pindaan RUU tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Doris Sophia mengingatkan pindaan berkenaan akan mewujudkan cabaran seperti peningkatan kos kepada majikan untuk menggaji atau mengekalkan pekerja sedia ada.

Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya bantuan atau sokongan disediakan kepada majikan.

“Ini mungkin termasuk insentif cukai atau bantuan kewangan sementara untuk membantu majikan menyesuaikan diri dengan kadar caruman baharu,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan