Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 2 Julai: Penyarasan subsidi diesel di Semenanjung Malaysia dilihat berkesan mengurangkan masalah ketirisan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Foto fail, Bernama.

Dewan Rakyat: Menteri dedahkan parahnya ketirisan diesel subsidi sebelum penyarasan harga

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Perbelanjaan subsidi diesel negara meningkat 10 kali ganda bagi tempoh 2019 hingga 2023.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pada 2019 kerajaan membelanjakan RM1.4 bilion dan angka itu melonjak kepada RM14.3 bilion pada tahun lepas.

Jelas beliau, trend kenaikan berkenaan tidak mampu lagi ditampung oleh kerajaan.

“Peningkatan perbelanjaan subsidi bukan sahaja disebabkan oleh kenaikan harga di pasaran tetapi juga (disebabkan) ketirisan jumlah diesel subsidi.

“Jumlah yang digunakan naik mendadak mencecah 80 peratus iaitu sebanyak 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 10.8 bilion liter pada 2023,” katanya pada Sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Amir Hamzah berkata, peningkatan itu berlaku walaupun tiada peningkatan ketara kenderaan diesel baharu di pasaran.

Kata beliau pada masa jumlah jualan diesel komersial tanpa subsidi turun sebanyak dua bilion liter.

“Peningkatan penggunaan diesel bersubsidi ini amat ketara disebabkan jurang perbezaan harga yang besar antara harga komersial dan subsidi di pam Malaysia.

“Sebelum ini harga diesel bersusbisi adalah RM2.15 sen seliter (iaitu) antara termurah di dunia sedangkan harga komersial  RM3.15 seliter,” katanya.

Kata beliau, harga diesel di Malaysia juga jauh lebih murah berbanding harga di negara jiran.

“(Antaranya harga seliter diesel di) Thailand ialah RM4.20 seliter, (Indonedia, RM4.40) dan Singapura mencecah RM9,” katanya.

Tambah beliau kerajaan menyedari jurang perbezaan harga besar itu menyebabkan peniaga komersial tempatan yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran telah mengambil kesempatan dan menyeleweng diesel secara tidak sah.

“Contoh mereka beli di stesen minyak dan salah guna di kilang, tapak pembinaan serta ladang sawit,” katanya.

Mendedahkan kepincangan yang berlaku sejak sekian lama, Amir Hamzah berkata ia mewujudkan isu yang lebih besar iaitu aktiviti penyeludupan.

“Akibat harga diesel kita amat murah, aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran sukar dibendung.

“Ini dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup semasa Op Tiris apabila pelbagai tangkapan kenderaan yang diubah suai untuk aktiviti penyeludupan di sempadan, ” katanya.

Jelas beliau kerajaan melihat salah satu satu cara untuk menyekang ketirisan ialah dengan merapatkan harga diesel tempatan dengan harga pasaran global.

“Program penyasaran semula diesel melibatkan langkah penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran.

“Ia dilaksanakan serentak dengan bantuan diesel untuk golongan sasar bagi mengurangkan kesan kepada rakyat dan harga barang pengguna,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan