Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: KPWKM rekod 506 TASKA tidak berdaftar – Nancy

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Sebanyak 506 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) tidak berdaftar direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga 31 Mei 2024.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian melalui agensinya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius perkara itu kerana melibatkan pelbagai isu termasuk kes kecuaian, pengabaian dan penderaaan kanak-kanak yang berlaku di TASKA.

“Bagi TASKA tidak berdaftar ini, kita menggunakan pelbagai pendekatan termasuk notis peringatan serta tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak – Kanak 1984 (Akta 308 ) iaitu berkaitan Lak (tutup), kompaun serta pendakwaan.

“Berdasarkan keputusan terhadap kertas siasatan yang selesai sebanyak lapan buah TASKA telah dikenakan tindakan Lak, (sebanyak) 17 telah dikompaun serta dua kes telah didakwa di mahkamah antara tahun 2020 hingga Mac 2024,” katanya pada Sesi Pertanyaan -Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Nancy menjawab pertanyaan Datuk Idris Ahmad (Perikatan Nasional – Bagan Serai) yang ingin tahu bilangan TASKA yang dikesan tidak berdaftar dengan JKM dan sejauh mana tindakan penguatkuasaan telah diambil.

Sementara itu Nancy memberitahu, terdapat TASKA yang menepati syarat minimum pengoperasian namun tidak berdaftar kerana pelbagai faktor.

“Antaranya adalah kerana kesukaran menepati syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Bagi TASKA yang berdepan dengan situasi ini, kita mengambil pendekatan untuk membantu mereka dengan memberi khidmat nasihat serta melaksanakan inisiatif memudah cara proses pendaftaran mereka termasuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan serta PBT,” jelasnya.

Beliau menambah melalui pengaktifan One Stop Centre (OSC), sebanyak 189 TASKA berjaya dibantu sehingga lulus pendaftaran bagi tempoh September 2023 hingga 31 Mei 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan