Search
Close this search box.
Kerajaan telah membelanjakan sekitar RM165 juta sepanjang tahun lepas bagi membantu lebih 28,000 orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik terlantar. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Kerajaan belanja RM165 juta bantu OKU terlantar, pesakit kronik – Nancy

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Kerajaan telah membelanjakan sekitar RM165 juta sepanjang tahun lepas bagi membantu lebih 28,000 orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik terlantar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan skim bantuan kewangan secara bersasar, iaitu khusus untuk golongan warga emas yang menepati kelayakan yang ditetapkan.

Jelas Nancy inisiatif berkenaan dilaksanakan dengan objektif agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bersama keluarga atau dalam komuniti.

“Skim bantuan kewangan tersebut adalah yang pertama Skim Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM500 sebulan kepada individu yang layak dan kedua Skim Penjagaan OKU Terlantar /Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak RM500 sebulan untuk meringankan bebanan keluarga serta penjaga yang layak bagi membantu meringankan beban mereka untuk menjaga ahli keluarga yang sakit terlantar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Perikatan Nasional – Masjid Tanah) pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Mas Ermieyati ingin tahun jumlah warga emas yang ditempatkan di rumah jagaan orang tua serta sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk memberikan elaun kepada anak – anak yang menjaga ibu bapa mereka di rumah bagi mengelakkan pengabaian seperti yang dilaksanakan di negara maju.

Sementara itu, Nancy memaklumkan, seramai 1,109 orang warga emas telah ditempatkan di 10 buah Rumah Seri Kenangan (RSK) dan dua buah Rumah Ehsan (RE) setakat Mac 2024.

Jelas beliau RSK ditubuhkan untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif.

Katanya RE pula ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur dan terlantar, daif dan tidak berwaris.

“Sementara itu, sehingga 30 April 2024, terdapat 409 Pusat Jagaan Warga Emas kendalian pihak swasta yang berdaftar dengan JKM, memberi penempatan kepada lebih 8,500 orang warga emas di seluruh negara,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan