Search
Close this search box.
Datuk Seri Azalina Othman Said ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Identiti rakyat Malaysia ‘bantu’ tuntutan Sulu belum dapat didedahkan

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 24 Jun:  Dewan Rakyat dimaklumkan identiti rakyat Malaysia yang menjadi petualang kepada tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia dan Sabah tidak boleh didedahkan buat masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana kerajaan dalam proses mengenal pasti pengkhianat berkenaan.

“Kalau kita sebut dalam dewan, tiba-tiba petualang lari macam mana Yang Berhormat? Jadi kena sabar kerana proses undang-undang juga tidak sempurna,” katanya pada Sesi Pertanyaan- Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Azalina menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Semporna) yang ingin tahu petualang terlibat dan langkah konkrit kerajaan untuk memuktamadkan kedaulatan Sabah.

Sementara itu Azalina berkata, beliau secara prinsip bersetuju supaya tuntutan terhadap Sabah perlu dinoktahkan walaupun menyedari perkara itu sukar.

Ini kerana jelas beliau pihak yang menuntut memiliki sokongan kewangan untuk berbuat demikian.

“Saya terfikir isu ini (membabitkan pendekatan negara kepada negara mungkin) ada sesuatu yang lebih baik dapat kita lakukan.

“Selepas ini apa lagi (tuntutan) bukan sahaja (boleh berlaku) di Sabah atau Sarawak tetapi juga mungkin di Semenanjung Malaysia kerana banyak individu yang boleh berbuat demikian kerana negara kita memiliki sejarah yang panjang,” katanya.

Sehubungan itu katanya kerajaan telah menentukan strategi untuk mempertahankan maruah negara.

“Mereka yang menganiaya Kerajaan Malaysia perlu disaman dan perlu membuat bayaran setimpal (membabitkan) segala kos yang kita tanggung (untuk melawan tuntutan di mahkamah antarabangsa).

“Kes ini bermula pada 2019, jadi kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan mewarisi (kes tuntutan), kita bela maruah negara,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan