Search
Close this search box.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menurunkan 308 kandungan lucah dan 838 kandungan pelacuran di pelbagai platform media sosial bagi tempoh 1 Januari hingga 1 Jun lepas. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: 838 kandungan aktiviti persundalan diturunkan SKMM

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menurunkan sejumlah 308 kandungan lucah dan 838 kandungan pelacuran di pelbagai platform media sosial bagi tempoh 1 Januari hingga 1 Jun lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, tindakan itu dilakukan oleh SKMM dengan kerjasama penyedia platform iaitu X dan Telegram.

Jelas beliau, kandungan berkenaan diturunkan kerana melanggar piawaian komuniti serta undang -undang sedia ada.

“Bagi tempoh yang sama, SKMM juga telah melaksanakan tindakan sekatan ke atas 549 laman lucah dan 69 laman pelacuran.

“Berhubung penguatkuasaan pula, sebanyak tujuh kes kandungan lucah masih disiasat dan tindakan ini akan diteruskan berdasarkan pemantauan dan aduan yang diterima daripada pihak berkuasa dan orang awam,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Aminah Aching (Barisan Nasional – Beaufort) yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan perancangan kerajaan bagi membanteras budaya dark side serta tindakan yang akan diambil kerajaan terhadap pengendali akaun yang menawarkan aktiviti pelacuran di platform X dan Telegram.

Sementara itu Nie Ching memaklumkan, kegiatan pelacuran sama ada dalam atau luar talian adalah di bawah tindakan dan bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelas beliau, peruntukan sedia ada seperti Kanun Keseksaan (Akta 574) adalah terpakai dalam melaksanakan penguatkuasaan dan tindakan perundangan terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Penglibatan Kementerian Komunikasi menerusi SKMM dalam hal ini adalah dengan memberikan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti penurunan kandungan media sosial dan juga sekatan laman sesawang serta pembekalan maklumat dan analisis forensik digital untuk mempercepatkan proses siasatan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan