Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 652 kes kemalangan melibatkan kenderaan berat direkodkan pada suku pertama tahun ini.

Dewan Rakyat: 287 maut nahas kenderaan berat suku pertama tahun ini

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 652 kes kemalangan melibatkan kenderaan berat direkodkan pada suku pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kemalangan membabitkan lori kontena, lori kecil dan bas ekspres itu menyebabkan 287 maut.

Jelas beliau, seramai 95 mangsa pula mengalami kecederaan parah manakala 270 orang pula cedera ringan.

“Kemalangan yang melibatkan kenderaan berat di Malaysia dikesan berpunca akibat kecuaian pemandu (termasuk) mengantuk, memandu melebihi had laju dibenarkan, kenderaan membawa lebih muatan dan kenderaan tidak diselenggara dengan baik,” katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (Pakatan Harapan – Ledang) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan statitsik dan punca kemalangan melibatkan kenderaan berat bagi suku pertama tahun ini dan tindakan kementerian untuk mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan berat.

Sementara itu Hasbi menambah, kajian berhubung strategi terbaik bagi menangani isu kenderaan berat sentiasa dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Antara tindakan utama yang dilaksanakan bagi menangani isu ini adalah dengan menggiatkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan oleh JPJ melibatkan peraturan had muatan kenderaan dan had laju bagi kenderaan berat.

“Selain itu kita juga mengoperasikan 53 Stesen Penguatkuasa (atau stesen timbang) di seluruh negara, JPJ juga dibekalkan dengan 75 unit alat timbang mudah alih bagi tujuan penguatkuasaan,” ujarnya.

Sementara itu pada tahun lepas, sejumlah 45,015 notis saman telah dikeluarkan membabitkan kesalahan muatan bahaya dan lebih muatan.

“Bagi tahun ini sehingga April, sejumlah 9,214 notis saman pula dikeluarkan,” katanya. TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan