Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan pertemuan bersama pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum persidangan Dewan Rakyat. Foto FB Sarawakku

Abang Johari bertemu Ahli Parlimen GPS, bincang dasar dan hak Sarawak

KUCHING, 24 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di ibu negara semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Sarawakku, pertemuan bersama pemimpin GPS itu bagi berkongsi maklumat mengenai perkara yang melibatkan dasar kerajaan GPS sebelum bermulanya hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, hari ini.

“Pertemuan tiga jam setengah tersebut bertujuan sebagai perkongsian maklumat mengenai beberapa perkara yang melibatkan dasar-dasar kerajaan GPS dan hak-hak Sarawak yang mungkin dibawa untuk pembentangan dan perbahasan di Parlimen,” katanya.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menerusi hantaran di Facebook, pertemuan Abang Johari bersama pemimpin GPS itu merupakan antara rutin gabungan itu sebelum bermulanya sidang Parlimen.

“Semua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Negara (Senator) akan berkumpul bersama dalam satu mesyuarat bersama Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari

“Selaras dengan slogan #SarawakFirst, kami akan berjuang untuk negeri Bumi Kenyalang tercinta!,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Huang Tiong Sii dan Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Turut hadir juga Peguam Besar Sarawak, Datu Saferi Ali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari sehingga 18 Julai ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan