Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa ditemui media sebelum Dancing Queen Concert A Tribute To Abba And Queen di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad. Foto TVS

18 acara Sukan SEA dipertandingkan di Sarawak – Karim

ByTVS

KUCHING, 23 Jun: Sebanyak 18 acara sukan dijangka bakal dipertandingkan di Sarawak pada acara Sukan SEA tahun 2027.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak bertuah kerana diberi ruang yang besar untuk memilih acara sukan yang ingin dianjurkan pada temasya sukan berkenaan.

Jelasnya, perkara ini sudah hampir pasti untuk direalisasikan namun perlu menunggu penyataan rasmi daripada kementerian terlibat yang dijangka bakal diketahui selepas Sukan SEA 2025 di Thailand.

“Saya melakukan libat urus bersama Hannah Yeoh di Kuala Lumpur untuk berbincang berkenaan dengan penajaan daripada sektor swasta dan kita juga telah berbincang berkenaan acara sukan yang akan diadakan di Sarawak dan di Semenanjung Malaysia.

“Sarawak bertuah kerana mereka memberi kami banyak ruang untuk membolehkan kami memilih acara yang kami mahu adakan di Sarawak jadi saya telah senaraikan 18 acara untuk diadakan di Sarawak jadi lebih kurang telah disahkan mungkin selepas Sukan SEA 2025 di Thailand mereka akan umumkan butiran akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media sebelum Dancing Queen Concert A Tribute To Abba And Queen di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

Tambahnya, acara yang dipertandingkan di Sarawak pada Sukan SEA tahun 2027 bakal berfokus di Bandaraya Kuching kerana banyak fasiliti sukan bertaraf antarabangsa berada di kawasan ini dan fasiliti-fasiliti tersebut selepas ini bakal dinaik taraf.

Ujarnya lagi, putaran ekonomi untuk pelbagai industri pada saat tersebut sudah pasti akan lebih tinggi berbanding yang akan dicapai pada penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini kerana melibatkan kemasukan lebih 20,000 individu melibatkan atlet, jurulatih dan staf-staf terlibat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan