Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Jelajah Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 peringkat Bahagian Kuching, di sini, hari ini. Foto, Zaim Zharfan (TVS).

UNIMAS jadi perkampungan sukan terbesar SUKMA 2024

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Jun: Lima perkampungan sukan diserikan untuk atlet dan pegawai yang terlibat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di sini pada Ogos depan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu berkata, ia merupakan perkampungan sukan terbanyak dan terbesar pernah disediakan Kerajaan Sarawak sepanjang tiga kali menjadi tuan rumah temasya itu dengan kali pertama pada 1990.

“Perkampungan sukan terbesar ialah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kesemua atlet dan pegawai yang beraksi di Kuching, Samarahan dan Serian akan ditempatkan di lokasi itu.

“Manakala empat lagi perkampungan sukan ialah di Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri,” katanya ketika berucap pada Jelajah Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 peringkat Bahagian Kuching, di Tebingan Kuching, hari ini.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Dalam pada itu, Abdul Karim mengakui pihaknya berdepan kesukaran dalam aspek logistik membabitkan pergerakan kontinjen yang terlibat pada SUKMA kali ini.

Namun beliau berkeyakinan masalah itu mampu diatasi berbaki kurang dua bulan sebelum temasya itu bermula.

“Mengatur logistik kali ini agak berat, selain daripada kontinjen Sarawak yang akan mengalami sedikit kesulitan berkenaan soal ini, negeri lain juga akan sedikit terkesan.

“Tapi kita akan pastikan semuanya diatasi dengan berkesan supaya perkata ini tidak menjadi masalah besar kepada mereka,” ujarnya.

SUKMA 2024 akan bermula pada 17 hingga 24 Ogos depan menyaksikan sebanyak 37 jenis sukan dipertandingan membabitkan 488 acara dengan ia akan menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.

Penganjurannya melibatkan sembilan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan