Search
Close this search box.
Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 12 tengahari disambut oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei, Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Pengiran Dato Paduka Mustapha (Kanan).

TYT tiba di Bandar Seri Begawan, mulakan lawatan rasmi ke Brunei

ByShafik Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Brunei Darussalam.

Beliau yang ditemani isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 12 tengah hari dengan menaiki pesawat khas dari Kuching.

Turut mengiringinya ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta para delegasi lain.

Lawatan tersebut bersempena dengan Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada Isnin.

Ketibaan beliau serta delegasi Sarawak turut disambut Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei, Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Pengiran Dato Paduka Mustapha.

Sempena majlis mengadap itu juga, Tun Wan Junaidi dijadual mengadakan lawatan ke beberapa lokasi.

Antaranya lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja, dan pada sebelah malamnya, menghadiri majlis makan malam bersama anak Sarawak di Brunei anjuran Kerajaan Negeri Sarawak dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Brunei.

Selain itu, beliau dijadual melawat Balai Khazanah Islam Sultan Hassanal Bolkiah dan Makam Diraja serta Pusat Sejarah Brunei.

Untuk rekod ia merupakan lawatan rasmi pertama Tun Wan Junaidi ke Brunei selepas mengangkat sumpah jawatan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Kelapan pada 26 Januari tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan