Search
Close this search box.
Sebahagian PATI yang diusir Tentera Darat Malaysia di Sarawak hari ini. Foto,Divisyen Pertama Infrantri Malaysia.

Tentera Darat Malaysia berjaya usir tiga kumpulan PATI cuba masuk Sarawak hari ini

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 23 Jun: Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini melaksanakan tiga pengusiran membabitkan 47 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memasuki Sarawak menerusi laluan haram.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis berkata, pengusiran pertama dilakukan pada 12.10 tengah hari melibatkan tujuh PATI.

Jelas beliau, pengusiran kedua pula pada 1.45 petang pula yang menyaksikan seramai 20 PATI diarahkan keluar dari kawasan Malaysia.

“Pengusiran ketiga pada 2.15 petang juga melibatkan seramai 20 orang PATI.

“Tangkapan dibuat di Sektor Pos GABMA Biawak berdekatan lorong tikus iaitu jarak lebih kurang 100, 118 dan 150 meter dari sempadan Indonesia,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu berdasarkan risikan TDM, kesemua PATI itu baharu tamat bercuti di kampung sempena Hari Raya Aidiladha dan dalam perjalanan untuk berkerja di Malaysia semula secara haram.

Sementara itu Fauzi menambah, kesemua PATI yang berusia dalam lingkungan umur 18 hingga 56 tahun itu tidak membawa barang terlarang dan berbahaya.

“Anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM 46,680 iaitu melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian,” katanya.

Jelas beliau, laporan dibuat di Balai Polis Lundu bagi memastikan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, sepanjang tahun ini, jumlah keseluruhan PATI yang telah diusir keluar adalah seramai 118 orang. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan