Search
Close this search box.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika berucap pada Penutup Sambutan Hari Olimpik di perkarangan Plaza Raintree, Tun Razak Exchange hari ini. Foto Bernama

Sukan Sea 2027: MOM percaya KBS segera ambil langkah wajar pendirian Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan segera membawa ke Kabinet berhubung kesediaan Sarawak untuk menjadi hos bersama bagi penganjuran Sukan SEA 2027.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Nor Zakaria berkata langkah itu sekali gus dapat memastikan gerak kerja awal penganjuran temasya dwitahunan berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Sarawak sedia jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 sekiranya syarat dipenuhi – Abang Johari

“Selepas kerajaan menolak penganjuran Sukan Komanwel, selaku Presiden MOM saya individu pertama melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bagi berbincang mengenai perkara itu (Sukan SEA 2027).

“Kita dah dapat komitmen dari Sarawak dan mereka sanggup berkongsi setengah daripada perbelanjaan yang dianggarkan antara RM700 juta hingga RM750 juta serta mungkin syarat-syarat telah diperjelas oleh Premier (Abang Johari) sendiri dan saya rasa ini petanda baik. Saya yakin KBS akan segera bawa perkara ini ke peringkat Kabinet bagi mendapatkan kelulusan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Sambutan Hari Olimpik di sini hari ini.

Sarawak menyatakan bersedia menjadi hos bersama untuk penganjuran Sukan SEA 2027 selain mencadangkan agar acara perasmian temasya sukan itu diadakan di Bumi Kenyalang.

Abang Johari berkata Sarawak juga bersedia untuk berkongsi kos penganjuran Sukan SEA 2027 bersama kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini dilaporkan, KBS sedang meneliti impak penganjuran Sukan SEA 2027 dan akan membentangkan keputusannya kepada Kabinet bulan depan, selepas Ahli Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Mei 2022 sebulat suara bersetuju memberikan hak penganjuran kepada Malaysia.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu sebanyak enam kali iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017, dan kesemuanya berlangsung di Lembah Klang.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza berkata MOM belum membuat sebarang keputusan mengenai atlet yang bakal menggalas tugas selaku pembawa bendera pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

Terdahulu, pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris diperkenalkan sempena sambutan penutup Hari Olimpik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan