Search
Close this search box.
Alexander Nanta menyambut ketibaan Abang Johari pada Majlis Rumah Terbuka Gawai anjurannya hari ini. Foto, Mohammed Raffiq (TVS).

Siasatan terperinci kenal pasti punca banjir di KM23 PAN Borneo – Alexander Nanta

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Jun: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca masalah banjir di Kilometer 23, Jalan Betong – Sri Aman, Lebuhraya Pan Borneo.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu beberapa langkah lain akan dilaksanakan termasuk menaik aras jalan di kawasan terlibat.

Jelas beliau penyelesaian yang lebih mendalam diperlukan untuk mengatasi masalah berkenaan.

“Saya difahamkan seni bina jalan di situ bertepatan ketika pembinaannya (malah) mengambil masa beberapa tahun untuk siap serta diyakinkan bahawa banjir tidak akan berlaku di situ.

“Namun oleh kerana banjir yang berlaku, siasatan akan dilakukan dan JKR Sarawak akan memantau situasi di sana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai anjurannya di sini hari ini.

Rumah terbuka itu dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang MA63, dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Pada bulan lepas, orang ramai terpaksa meredah banjir yang menenggelamkan laluan berkenaan berikutan limpahan air Sungai Skrang.

Mengulas mengenai jajaran ‘redline’ pula, Alexander Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, jajaran ‘redline’ di Jalan Batu 8, Kuching antara yang perlu diberikan perhatian dalam isu kesesakan lalu lintas.

“Pembentangan cadangan telah dipersetujui oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan mengarahkan kami supaya menumpukan perhatian untuk laksanakan di situ,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan