Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang johari Tun Openg pada Jelajah Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 peringkat Bahagian Kuching, di sini, hari ini. Foto, Zaim Zharfan (TVS).

Sarawak sedia jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 sekiranya syarat dipenuhi – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Jun: Sarawak bersedia menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 sekiranya Kerajaan Persekutuan memenuhi beberapa syarat ditetapkan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuklah mengenai soal perkongsian kos perbelanjaan penganjuran yang dianggarkan mencecah RM750 juta.

Jelas Abang Johari, antara permintaan Sarawak ialah supaya sebahagian daripada acara yang dipertandingkan mesti dianjurkan di sini.

“Upacara pembukaan (juga) mesti dilangsungkan di Sarawak tetapi upacara penutupan tidak mengapa dilangsungkan di sana (semenanjung Malaysia)

“Kalau hantarannya boleh dipenuhi, tiada masalah Sarawak jadi penganjur bersama,”katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Jelajah Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 peringkat Bahagian Kuching, di Tebingan Kuching, pagi ini.

Dalam sidang media selepas majlis itu, Abang Johari berkata, kos penganjuran yang tinggi menjadi faktor mengapa Sarawak dicadangkan untuk terlibat sama dalam penganjuran temasya dwitahunan itu.

Jelas Abang Johari, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sudah berbincang dengan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ke arah merealisasikan hasrat menjadi penganjur bersama.

“Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberitahu saya hasrat ini secara tidak rasmi semasa Majlis Menandatangani Penyerahan Pelabuhan Bintulu di Kuala Lumpur tempoh hari,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kesanggupan Sarawak dalam menjadi penganjur bersama temasya itu dibuat susulan ia selari dengan agenda pembangunan bakat yang terkandung dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030.

Untuk rekod, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA pada 2027 dengan ia merupakan kali ketujuh negara diberi tanggungjawab itu sejak kali pertama pada 1965. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan