Search
Close this search box.
Program Samarindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri Dua Puisi Melayu Tradisional di GoDown Amphitheater Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu. Foto, TVS.

Samarindok siri kedua tonjol budaya Melayu Sarawak melalui syair dan puisi

KUCHING, 23 Jun: Penganjuran Program Samarindok siri kedua bertemakan Epik Manuskrip Senandung Puisi berjaya mengetengahkan warisan budaya Melayu Sarawak melalui persembahan syair dan puisi.

Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Datu Dr Sanib Said berkata, masyarakat Melayu Sarawak mempunyai kelebihan dalam aspek tinggalan penceritaan sejarah warisan bertulis dan boleh dipersembahkan pada bila-bila masa.

Jelasnya, tinggalan dalam bentuk manuskrip yang tersimpan di muzium atau dimiliki oleh golongan persendirian itu memiliki pelbagai kisah menarik untuk dipersembahkan kepada masyarakat dalam dan luar negara.

“Kita persembahkan kepelbagaian syair warisan Melayu Sarawak pada malam ini yang dicampur dengan lakonan berkaitan,”katanya ketika berucap merasmikan Program Samarindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri Dua Puisi Melayu Tradisional di GoDown Amphitheater Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu.

Tambah beliau, persembahkan kebudayaan pentas dapat memberikan pendedahan secara langsung kepada penonton terutamanya generasi muda untuk memahami estetika unggul nuansa seni bangsa Melayu Sarawak.

Sementara itu beliau memaklumkan pelaksanaan program berkenaan selaras dengan Pelan strategik Akybms 2015 – 2035 dalam teras agama dan budaya iaitu usaha memperteguh identiti Melayu Sarawak dan penjenamaan kebudayaan yang positif.

Terdahulu, Program Samarindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri Satu iaitu Gendang Melayu Sarawak telah dianjurkan pada 9 Mac 2024.

Siri tiga Pencak Silat pula akan dianjurkan pada 21 September 2024 manakala siri empat Tarian Melayu Sarawak bertemakan Tandak Melayu Sarawak pula akan berlangsung pada 7 Disember 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan