Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman ketika memeriahkan Majlis Pelancaran Larian Obor Stesen Pertama Limbang Sempena Perayaan Kebudayaan Cina Peringkat Kebangsaan Kali Ke-39. Foto, TVS.

Rakyat Sarawak perlu rebut peluang luas dalam ekonomi hijau – Awang Tengah

LIMBANG, 23 Jun: Rakyat Sarawak perlu merebut peluang luas yang tersedia dalam ekonomi hijau berikutan langkah Kerajaan Sarawak meneroka ekonomi baharu itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, rakyat juga perlu memahami bahawa ekonomi hijau adalah penting untuk kelestarian masa depan.

Jelas beliau, dasar itu diyakini akan dapat mengubah struktur ekonomi Sarawak pada masa akan datang dengan pelaksanaan ekonomi digital dan ekonomi hijau yang sedang dilaksanakan menerusi pelbagai pendekatan.

“Ini termasuklah pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui, tenaga hijau dan amalan pertanian lestari. Dengan memanfaatkan sumber-sumber semula jadi secara bijaksana dan inovatif, kita bukan sahaja dapat menjamin kemakmuran ekonomi tetapi juga memelihara alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada Majlis Pelancaran Larian Obor Stesen Pertama Limbang Sempena Perayaan Kebudayaan Cina Peringkat Kebangsaan Kali Ke-39 malam tadi.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak itu menambah, Kerajaan Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pacsa COVID-19 (PCDS) 2030 telah menggariskan langkah-langkah strategik ke arah mencapai status wilayah maju berpendapatan tinggi.

Menurutnya PCDS 2030 menekankan kepentingan pembangunan yang seimbang dan inklusif, serta memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada kemajuan yang dicapai. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan