Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memalu gendang merasmikan Majlis Makan Malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam tadi.Foto, Bernama.

Politik stabil, dasar jelas faktor Sarawak jadi gergasi ekonomi baharu – Anwar

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kestabilan politik dan dasar jelas dimiliki oleh Sarawak menjadi faktor kebangkitan wilayah ini sebagai gergasi ekonomi baharu.

Menurut Anwar, Sarawak di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut memahami keutamaan negara dan telah memperlihatkan pencapaian yang luar biasa.

“Sarawak menunjukkan peningkatan ekonomi yang membanggakan dan menyumbang kepada kecenderungan pelabur luar untuk datang ke negara ini.

“Ketika lawatan kerja ke luar negara, saya mendapati pelabur menunjukkan keyakinan terhadap Sarawak,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Sarawak 2024 malam tadi.

Turut hadir, Abang Johari dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut Anwar, sebelum ini negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor diakui dalam soal kepesatan ekonomi namun kini Sarawak pula muncul sebagai gergasi ekonomi baharu.

“Saya perlu menyatakan ini, dengan keyakinan dan penuh kebanggaan bahawa Sarawak dianggap sebagai hab utama di rantau ini,” katanya.

Sementara itu beliau menambah, Sarawak bukan lagi mengejar pusat ekonomi lain di negara ini namun sudah melangkaui unjuran mengenai perkembangan ekonominya sendiri yang telah dibuat 10 tahun sebelum ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan