Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketika menandatangani buku kehadiran tetamu di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia Ke Brunei Darussalam pada Ahad. Hadir sama isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto Shafik Ahmad (TVS)

Percepat buka STATOB, tingkat kerjasama ekonomi Sarawak-Brunei

ByShafik Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun: Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan (STATO) Brunei tahun ini dalam usaha meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kolaborasi antara Brunei dan Sarawak telah lama terjalin dalam pelbagai sektor.

Terbaru katanya nilai perdagangan yang direkodkan pada tahun lalu ialah RM3.76 bilion, meningkat 23.8 peratus berbanding RM3.02 bilion pada 2022.

“Sebab itu kita mahu memulakan operasi STATO Brunei, Insya Allah kita boleh mula lebih awal tahun ini, setakat kini sudah kenal pasti Ketua Pegawai Eksekutif yang akan menerajui pejabat ini.

“Inilah peluang untuk mempromosikan produk Sarawak, apakah peluang pelabur serta sektor lain yang boleh diteroka untuk meneruskan kesinambungan kerjasama kita (Sarawak) dengan Brunei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Diaspora Sarawak Di Brunei Darussalam di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, pada Ahad.

Hadir sama, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei, Dato Seri Setia Shamhary Pengiran Dato Paduka Mustapha, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antrabangsa, Industri dan Pelaburan percaya dengan kerjasama rapat antara Sarawak dan Brunei akan meningkatkan lagi nilai perdagangan.

Justeru Sarawak katanya akan mempergiatkan usaha untuk memudahkan perdagangan dengan Brunei terutamanya melalui ekspo perdagangan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan