Search
Close this search box.
Lima suspek termasuk seorag wanita kes penculikan buruh warga Bangladesh direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Foto TVS

Lima warga asing ditahan kes culik lelaki Bangladesh, minta tebusan RM200,000

GEORGE TOWN, 23 Jun: Lima warga asing termasuk seorang wanita ditahan polis di Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor semalam bagi membantu siasatan kes penculikan dan peras ugut seorang buruh lelaki warga Bangladesh.

Mereka yang ditahan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut sambil dibantu Polis Bukit Aman itu merupakan empat lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita Myanmar berusia antara 23 hingga 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penculikan mangsa berusia 32 tahun daripada bapanya pada Jumaat lalu.

Katanya, bapa mangsa mendakwa menerima satu rakaman video daripada menantunya di Bangladesh yang menunjukkan anaknya telah diculik oleh kenalan sambil meminta wang tebusan RM200,000.

“Suspek turut mengugut akan membunuh mangsa sekiranya keluarga gagal memberi wang yang diminta.

“Susulan itu, keluarga mangsa telah memasukan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Razlam, hasil siasatan lanjut sejurus menerima laporan, pihak polis berjaya memberkas suspek di kawasan Lembah Kelang.

“Pada serbuan pertama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dua lelaki ditahan sebelum tiga lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Shah Alam bersama mangsa.

“Kesemua suspek juga telah direman selama empat hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret George Town bagi siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan