Search
Close this search box.
Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat lebih 1,000 peserta sertai Larian Baton SUKMA 2024 peringkat Bahagian Kuching, di sini, pagi ini. Foto, Zaim Zharfan (TVS).

Lebih 1,000 peserta sertai Larian Baton SUKMA di Kuching

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Jun: Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang bertujuan untuk mempromosikan temasya berkenaan tiba di lokasi terakhirnya iaitu Kuching hari ini.

Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat lebih 1,000 peserta yang rata-ratanya terdiri daripada atlet dan pegawai yang terlibat dalam SUKMA kali ini dengan mereka menempuh laluan sejauh 4.1 kilometer (km) yang bermula di Tebingan Kuching di sini, pagi ini.

Para peserta terlebih dahulu menyertai acara senamrobik selama 30 minit sebelum memulakan larian itu pada 7 pagi dan tamat 30 minit kemudiannya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyempurnakan majlis itu sekali gus meniup semangat kontinjen SUKMA Sarawak dalam usaha bergelar juara keseluruhan pada edisi ke-21 ini.

Turut hadir Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri, Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu.

Larian baton itu sebelum ini telah melalui 11 bahagian di Sarawak iaitu melibatkan Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian dan Kota Samarahan.

Untuk rekod, pada edisi kali ini sebanyak 37 jenis sukan dipertandingkan yang membabitkan 488 acara dengan ia bakal menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan