Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu yang hadir ke Majlis Penutupan Festival Koir Sarawak di Universiti Swinburne di Kuching hari ini. Foto, TVS.

Kerajaan Sarawak salurkan dana penganjuran Festival Koir Sarawak musim hadapan

KUCHING, 23 Jun: Kerajaan Sarawak bersedia untuk menyalurkan dana bagi penganjuran Festival Koir Sarawak pada musim hadapan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dana berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program itu yang disertai masyarakat tempatan dan luar Sarawak.

Jelas Abdul Karim pihaknya juga berharap agar festival berkenaan dapat dianjurkan secara berterusan pada masa hadapan.

“Kami berharap supaya festival paduan suara ini tidak menjadi yang pertama dan terakhir kerana kementerian saya pasti memberi sokongan dan itu sebab mengapa saya hadir hari ini.

“Tahun depan, insya-Allah kami akan memberikan dana kepada anda kerana festival sebegini memerlukan sokongan Kerajaan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Festival Koir Sarawak di Universiti Swinburne di sini hari ini.

Seramai 376 peserta dari Kuching, Sibu, Sarikei, Sri Aman, Selangor dan Kuala Lumpur menyertai Festival Koir Sarawak tahun ini.

Festival yang dianjurkan sejak Jumaat lepas berakhir hari ini hingga merangkumi pelbagai aktiviti seperti persembahan koir, bengkel koir, kelas master koir dan persembahan koir umum. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan