Search
Close this search box.
Abdullah bersama tetamu jemputan lain menyempurnakan acara Ngiling Tikai di Selidap Bintangor, pada Ahad. Foto, TVS.

Kerajaan Sarawak lulus RM46 juta bina jalan baharu di Nangka Bangkit

BINTANGOR, 23 Jun: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM46 juta untuk membina jalan baharu yang menghubungkan Nanga Bangkit ke Jalan Feri Sungai Sian.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, projek berimpak tinggi itu akan memberi manfaat kepada penduduk di enam buah rumah panjang kawasan sekitar.

Jelas beliau pembinaan akan dilaksankan oleh Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) pada tahun depan.

“Dengan pelaksanaan projek itu, penduduk bakal menikmati akses perhubungan yang lebih baik.

“Ketika ini, penduduk masih menggunakan jalan bersimen dan dengan adanya jalan baharu bertar yang melalui tanah kerajaan itu nanti, aliran trafik di kawasan ini akan lebih lancar,” katanya pada majlis sambutan Hari Gawai di Selidap di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menyokong penuh cadangan pembinaan sebuah dewan masyarakat bagi menampung pelbagai aktiviti komuniti di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, projek berkenaan bakal menggunakan sejumlah peruntukan daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Saya juga difahamkan projek baik pulih jalan utama Rumah Peter Kilas yang bernilai RM400,000 telah siap sepenuhnya.

“Pada masa yang sama kerajaan melalui RTP turut memperuntukkan RM490,000 untuk membina jalan di depan sekolah ke Rumah Jawi,” katanya.

Beliau juga berkata, sudah menjadi hasrat sejak bergelar wakil rakyat untuk menaiktaraf titian berlian di rumah panjang di kawasannya kepada ruang bersimen yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tempat letak kereta.

“Sebahagian besar jalan berhampiran rumah N.42 Semop hari ini sudah dinaiktarafkan mengantikan titian berlian.

“Saya juga sedang berusaha membawa pembangunan dalam sektor pertanian kerana sebahagian besar penduduknya petani, tambahan pula tanahnya subur bagi tujuan itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengumumkan sumbangan peruntukan kepada JKKK Rumah Panjang sempena sambutan Gawai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan