Search
Close this search box.
Farrokh Ibtisam Ting dinobat sebagai ‘Juara Antara Juara’ dalam Kejuaraan Bina Badan Mr Sarawak Kali Ke-58 yang berlangsung di Starlink Hotel di sini pada Sabtu.

Juruteknik makmal Hospital Sibu, Farrokh pertahan ‘Juara Antara Juara’ Mr Sarawak 2024

BySharifah Anira

SIBU, 23 Jun: Juruteknik makmal di Hospital Sibu, Farrokh Ibtisam Ting dinobat sebagai Juara Antara Juara dalam Kejohanan Bina Badan Mr Sarawak Kali Ke-58 yang berlangsung di sebuah hotel di sini semalam.

Farrokh berkata, dia terkejut dengan kemenangannya kali ini walaupun pernah merangkul kejayaan pada edisi Mr Sarawak 2023 bagi kategori bina badan senior 75 kilogram (kg) ke atas.

“Ia mungkin juga tuah kerana pertandingan ini berlangsung di bandar kelahiran saya.

“Saingan kali ini juga sangat sengit namun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bertanding lagi,” katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang hadir menyempurnakan perasmian acara tersebut.

Turut hadir, Presiden Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) Dato Wee Hong Seng dan dan Presiden Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu (SDBWA) Chia Soon Seong.

Pertandingan anjuran SDBWA itu menghimpunkan seramai 42 atlet mewakili Zon Kuching, Zon Sibu dan Zon Miri yang berentap dalam sembilan kategori.

Sementara itu, rakan sepasukan Farrokh, Ranovich Mathew dan Sariewin Mudim masing-masing diumumkan juara dan naib juara dalam Kategori Bina Badan Senior Bawah 65 kg.

Presiden SDBWA Chia Soon Seong (dua kiri) merakam gambar bersama Farrokh Ibtisam Ting (tengah) dalam Kejuaraan Bina Badan Mr Sarawak Kali Ke-58 yang berlangsung di Starlink Hotel di sini pada Sabtu.

Ong Shih Ling pula dinobatkan tempat pertama untuk Kategori Wanita Terbuka.

Sementara itu, Kategori Fizikal Cergas (Sports Physique) pula dimenangi oleh Ahmad Alif Mohamad Merah dari Sibu bagi Kelas Bawah-170 cm, manakala Mohd Nasriq Tambi dari Kuching memenangi Kelas Atas-170 cm.

Kesemua pemenang akan mewakili Sarawak pada Kejuaraan Bina Badan Kebangsaan Mr Malaysia Kali Ke-53 di Johor pada Ogos depan. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found