Search
Close this search box.
Asap berkepul-kepul di pinggir bandar timur Kota Gaza di Shejaiya berikutan pengeboman Israel pada 22 Jun 2024, Foto, AFP.

EU kecam serangan ke atas pejabat ICRC di Gaza, gesa siasatan bebas

ByBernama

ISTANBUL, 23 Jun: Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu mengutuk serangan yang merosakkan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Semenanjung Gaza baru-baru ini, mengakibatkan puluhan mangsa terbunuh.

Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menerusi hantaran di X menekankan keperluan untuk mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab melalui siasatan bebas, lapor Agensi Anadolu.

Borrell menegaskan kepentingan melindungi orang awam, sambil menegaskan langkah sedemikian merupakan kewajipan di bawah Konvensyen Geneva dengan “semua pihak terlibat dalam konflik itu terikat” untuk mematuhinya.

Gesaan EU untuk akauntabiliti menekankan keperluan mendesak untuk memastikan bahawa ICRC boleh meneruskan usaha kemanusiaannya dengan selamat.

Organisasi itu memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan dan bantuan kepada mangsa konflik, serta akses kepada tahanan, di bawah rangka kerja Konvensyen Geneva.

ICRC melaporkan bahawa pejabatnya di Gaza yang dikelilingi oleh ratusan orang awam kehilangan tempat tinggal, telah rosak pada Jumaat akibat serangan berhampiran.

Kejadian itu menyebabkan ramai mangsa dimasukkan ke hospital medan Palang Merah berhampiran, dengan kemudahan itu menerima 22 mayat dan 45 orang cedera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan