Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berharap kunjungan ini akan lebih mengeratkan lagi semangat kerjasama yang sudah terjalin untuk terus dipertingkatkan demi kepentingan kedua-dua pihak. Foto Shafik Ahmad (TVS)

Beri makna besar perkukuh kerjasama bilateral

ByShafik Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun: Kunjungan Muhibbah oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ke Brunei Darussalam disifatkan penting dalam meneruskan kesinambungan kerjasama Malaysia-Brunei.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia bukan sahaja akan memperkukuhkan hubungan dua hala antara kerajaan khususnya Sarawak.

Malah turut memperkasakan hubungan kerjasama antara rakyat secara umumnya.

“Lawatan ini mempunyai erti yang begitu besar terutama dalam meningkatkan hubungan kerjasama antara Malaysia khususnya Sarawak dan negara Brunei Darussalam yang sentiasa kukuh bukan sahaja hubungan antara kerajaan dengan kerajaan, tetapi hubungan antara rakyat dengan rakyat begitu erat sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Diaspora Sarawak Di Brunei Darussalam di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, pada Ahad.

Sarawak dan Brunei katanya sudah menjalinkan hubungan sejak sekian lama bahkan menyifatkan kerjasama itu sebagai istimewa.

Untuk itu, beliau turut merafak sembah penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menerima kunjungan daripada Tun Wan Junaidi serta delegasi Sarawak ke Brunei.

Beliau berharap kunjungan ini akan lebih mengeratkan lagi semangat kerjasama yang sudah terjalin untuk terus dipertingkatkan demi kepentingan kedua-dua pihak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan