Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto, Faitullah Morni (TVS).

Acara sambutan Gawai Dayak 2024 bakal dibukukan, dilancarkan September ini- Roland Sagah

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 23 Jun: Acara sambutan Gawai Dayak 2024 bakal dibukukan kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak,Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perayaan Gawai Dayak 2024 berkata buku berkenaan akan dilancarkan pada September depan.

Jelas Roland Sagah, sambutan Gawai Dayak tahun ini meriah dengan penglibatan hampir 5,000 sukarelawan dalam lima acara utama sejak 16 Mei sehingga 15 Jun lepas.

“Kemeriahan sambutan pada tahun ini dimulai dengan Bazar Gawai Dayak yang berlangsung pada 16 hingga 26 Mei 2024 di MJC Batu Kawa.

“Kita gembira kerana bazar tahun ini yang berjaya mencipta rekod jualan tertinggi sepanjang penganjuran bazar gawai diadakan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024, di sini, pada Sabtu.

Selain itu ujarnya, penganjuran Karnival Gawai Dayak yang berlangsung pada 6 hingga 8 Jun di Siburan juga mendapat sokongan padu komuniti setempat.

Tambahnya, Perarakan Kebudayaan Gawai yang tetap diadakan walaupun hujan lebat pada 15 Jun lepas juga menunjukkan semangat anak Sarawak dengan penyertaan 111 kontinjen dan 13 kenderaan berhias, termasuk penyertaan daripada Persatuan Kadazan Dusun Sabah.

Menurut Roland Sagah lagi, kejayaan penganjuran acara tahun ini bertepatan dengan tujuan sambutan iaitu untuk meraikan hasil tuaian sekali gus sebagai sambutan penghargaan ke atas hasil yang diperolehi.

“Sesungguhnya perayaan Gawai adalah manifestasi keharmonian kaum dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan tradisi yang membentuk keunikan budaya Malaysia yang tercinta,” katanya.

Tahun ini merupakan komuniti Bidayuh menjadi tuai rumah bagi sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan