Search
Close this search box.
Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis pada hari ini dan Jumaat lepas, menurut rekod Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) setakat 10 pagi ini. Foto, Bomba.

36 rumah rosak dalam kejadian ribut di Perlis

ByBernama

KANGAR, 23 Jun:  Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis pada hari ini dan Jumaat lepas, menurut rekod Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) setakat 10 pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata berdasarkan angka yang dikemas kini pihaknya dari semasa ke semasa itu, sebanyak 25 rumah rosak dalam kejadian pagi ini manakala 11 rumah terjejas pada Jumaat lepas.

“Kebanyakan rumah itu rosak pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin. Kejadian hari ini melibatkan kawasan Kariah Behor Mentaloon, Kariah Chemumar, Kariah Tambun Tulang, Kariah Batu 5, Kariah Mata Air, Kariah Sungai Padang dan Kariah Oran masing-masing dua rumah.

“Sementara Kariah Bunga Emas, Kariah Padang Besar Kurung Anai, Kariah Pauh Sanglang, Kariah Kampung Chantik, Kariah Guar Syed Alwi, Kariah Sungai Berembang, Kariah Tok Kaya dan Kariah Mengkuang Layar masing-masing sebuah rumah dan Kariah Longboh (tiga rumah).

“Kejadian Jumaat lepas pula membabitkan kawasan Kariah Guar Syed Alwi yang melibatkan tiga rumah rosak manakala Kariah Sungai Batu Pahat, Kariah Sungai Berembang, Kariah Jelempok, Kariah Titi Beratap, Kariah Kampung Sena, Kariah Oran, Kariah Behor Mempelam dan Kariah Sungai Padang masing-masing sebuah rumah terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Nazim berkata kerosakan kecil akan diberikan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala kerosakan besar akan dirujuk JKM untuk membolehkan MAIPs menyalurkan bantuan.

“Bagi kerosakan perniagaan dikehendaki melaporkannya kepada Majlis Perbandaran Kangar (MPK) untuk MPK panjangkan kepada tindakan agensi pemberi bantuan seperti MAIPs dan agensi berkaitan,” katanya.

Difahamkan kejadian ribut pada Jumaat lepas itu berlaku kira-kira 7 pagi manakala kejadian hari ini terjadi kira-kira 2 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan