Search
Close this search box.
Pelajar Sarawak Skills ketika sesi pembelajaran. Foto: TVS

TVET, kunci kejayaan pendidikan, ekonomi anak muda

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 21 Jun: Meskipun Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering dipandang rendah serta dilabel sebagai pendidkan kelas kedua, namun ramai tidak sedar, kadar permintaan pelajar lepas TVET amat tinggi dalam industri berkaitan.

Seiring Sarawak Maju 2030, Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri berkata antara inisiatif yang dilakukan institusi pengajian itu dalam mengangkat martabat TVET adalah dengan teknik pendekatan atau ‘reaching out’.

“Sarawak Skills menjalinkan hubungan pihak industri dan setakat ini sebanyak Sarawak Skilla menjalinkan hubungan lebih dari 70 buah industri.

“Antara tujuannya adalah, untuk menyelidik keperluan spesifik dari industri supaya kita boleh mengolah program latihan yang menepati kehendak industry,” katanya ketika ditemu bual TVS pada Isnin.

Katanya, melalui pendekatan bersama industri, Sarawak Skills membantu anak muda dari segi ekonomi dengan membantu mendapatkan pekerjaaan untuk mereka.

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri berkata seiring dengan Sarawak maju 2030, potensi bidang TVET dilihat dapat berkembang secara meluas. Foto: TVS

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) berkata kerjasama tiga paksi yang melibatkan Kerajaan Sarawak, Kerajaan Persekutuan dan pihak industri menyumbang kepada keunikan TVET di Sarawak.

“Kerjasama kita dengan Kerajaan Persekutuan adalah menerusi dana bagi memperkasakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan program ‘upskilling’.

“Tanpa Kerajaan Sarawak, kita (Sarawak Skills) tidak akan dapat berfungsi selama 30 tahun ini kerana sumbangan Kerajaan Sarawak amat besar seperti peruntukan dana bagi pelajar dan menyediakan pembangunan manakala pihak industri memainkan peranan dalam menyediakan peluang pekerjaan,” katanya lagi.

Beliau turut menjangkakan lebih ramai tenaga kerja teknikal di Sarawak meskipun tidak menolak masih ada yang melihat TVET sebagai sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Tambahnya, kejayaan alumni di Sarawak Skills merupakan antara usaha yang dilakukan untuk menepis stigma TVET pendidikan kelas kedua.

“Contohnya, bekas pelajar kami dalam bidang elektrikal terus mendapat pekerjaan sejurus tamat belajar. Pendapatannya mencecah hampir enam ribu dan keluarganya datang ke Sarawak Skills dan mengucapkan terima kasih kepada kami.

“Setakat ini, 100 peratus pelajar kita di Sarawak Skills berjaya mendapat pekerjaan sejurus tamatnya pengajian mereka di sini, dan ada yang menjawat jawatan sebagai pengurus di industri penanaman (plantation), usahawan, pereka fesyen dan banyak lagi,” katanya lagi.

Justeru, bagi memastikan TVET terus kekal relevan dan diminati, Dasar TVET Negara 2030 dilancarkan awal bulan ini.

Ia bertujuan menyelaraskan program TVET di Malaysia dengan dasar dan akta sedia merangkumi Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Tinggi Nasional, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652), dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta MQA 679).

Dalam pada itu, Kerajaan Persektuan bersetuju memberi peruntukan tambahan bernilai RM200 juta bagi memperkasakan lagi bidang TVET pada sambutan Hari TVET Negara yang berlangsung awal bulan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan