Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyempurnakan Larian Baton SUKMA ke-21 bagi Bahagian Samarahan. Foto TVS

SUKMA: Kluster sukan di sembilan Bahagian, peluang masyarakat saksikan temasya

ByTVS

KOTA SAMARAHAN, 22 Jun: Pembahagian kluster sukan melibatkan sembilan Bahagian bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 diyakini memberi peluang kepada masyarakat di seluruh negeri ini untuk menjayakan temasaya berkenaan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada masa sama, optimis temasaya itu juga bakal menjadi punca rezaki kepada usahawan tempatan yang berasaskan makanan, kraf tangan, perkhidmatan penginapan dan pengakutan.

Menurutnya atlet dan pegawai yang terlibat dalam temasya tersebut semestinya ingin mencari kelainan selain yang disediakan oleh urusetia penganjur acara di ‘venue‘ sukan terlibat sekali gus ia mendorong mereka untuk meneroka keunikan budaya serta makanan tempatan.

“Sebab itu apabila SUKMA ini diadakan di semua tempat, baiknya di Miri, Bintulu, Mukah, dan bahagia-bagian lain ia akan sedikit sebanyak membuka peluang untuk gerai-gerai makan mendapat pendapatan yang lebih sedikit kerana mereka (atlet dan pegawai) pastikan akan mencari makanan selain daripada makanan yang disediakan di dewan makan selepas dua atau tiga hari berada di venue terlibat.

“Maka sebab itulah gerai-gerai makanan, mereka yang menjual kraf tangan dan sebagainya, semuanya akan mendapat manfaat spin-off daripada temasya ini termasuk hotel, inap desa dan sebagainya dan pada masa itu saya percaya hampir semua inap desa, hotel-hotel ini semuanya akan dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Larian Baton SUKMA ke-21 bagi Bahagian Samarahan di sini pada Sabtu.

Kota Samarahan menjadi bahagian kedua terakhir bagi destinasi penganjuran larian Baton SUKMA ke-21 yang bermula sejak 22 April lalu di Lawas sebelum ia berakhir di Tebingan Kuching pada Ahad sebagai kemuncak acara larian tersebut.

Lebih 3,000 perserta menjayakan Larian Baton SUKMA ke-21 di Kota Samarahan yang diketuai bekas atlet Baling Tukul besi, Wong Tee Kue bersama lagenda Tinju Sarawak, Sapok Biki serta empat lagi atlet ikon kelahiran Bahagian Samarahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan