Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Perasmian Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 di Dewan Utama CIDB, Kuching, hari ini. Foto Adlina Rahman (TVS)

Sarawak sediakan dana bantu Kerajaan Persekutuan, tangani isu sekolah daif – Abang Johari

ByAdlina Rahman

KUCHING, 22 Jun: Kerajaan Sarawak berhasrat menyediakan bantuan dana kepada Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu berkaitan sekolah daif di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kesediaan negeri ini bekerjasama dengan persekutuan berikutan mengambil kira dasar sistem pendidikan yang diterapkan adalah selari selain ingin melahirkan anak Sarawak yang bejaya.

Menurut beliau isu sekolah daif bukanlah suatu isu yang baharu sehubungan itu Sarawak siap siaga bekerjasama meskipun dengan menyediakan bantuan peruntukan kepada sektor pendidikan negeri bagi menangani isu terbabit.

“Kita akan bekerjasama. Jika kerajaan persekutuan tidak mempunyai dana (bagi menangani isu sekolah daif), kami (Kerajaan Sarawak) akan memberikan dana itu. Bukan mengatakan bahawa Sarawak memiliki dana yang banyak tetapi jika kita mampu kita bantu.

“Malam ini, saya akan umumkan jumlah peruntukan dana itu,” kata beliau di Majlis Perasmian Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 di Dewan Utama CIDB, Kuching, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Pengarah Pendidikan Sarawak, Azhar Ahmad.

Selain itu, Abang Johari turut memberi bayangan peruntukan bagi sektor kesihatan juga akan diumumkan malam ini.

Pada sebelah malam nanti, Abang Johari dijangka akan menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2024 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan