Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Agong Dagang. Foto Aaron Ago Dagang (FB)

Sambutan Minggu Perpaduan rai kepelbagaian masyarakat di Sarawak – Aaron

ByConnie Grace

KUCHING, 22 Jun: Karnival Perpaduan Miri bersempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak 2024 menjadi platform untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, selari dengan tema ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’, karnival ini merupakan wadah untuk menonjolkan perpaduan masyarakat di negeri ini yang telah dikecapi sejak mencapai kemerdekaan.

Selain itu katanya, ia juga mendidik masyarakat mendalami dan menghayati nilai perpaduan.

“Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) adalah salah satu program utama yang dirancang di bawah kluster Semarak Perpaduan dengan matlamat untuk menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

“Pada tahun ini, Kementerian turut mengambil langkah untuk menganjurkan siri Jelajah Kembara Perpaduan dengan menjadikan Negeri Sabah sebagai lokasi pertama jelajahnya bersama-sama dengan Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan.

Seterusnya diikuti dengan Negeri Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.” Katanya sempena Majlis Pelancaran Karnival Perpaduan Miri sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak di Miri, pada Sabtu.

Tambahnya lagi, melalui program sebegini, masyarakat pelbagai kaum dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi khususnya berkaitan adat dan budaya pelbagai etnik di negara ini.

Ujarnya, SMP mampu menjadi wadah perpaduan dan tapak integrasi baharu yang berkesan sehingga ke peringkat akar umbi untuk memperkukuh sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat dalam usaha memelihara ekosistem perpaduan.

Terdahulu sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Johor, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar golongan muda mempertingkat ddan mempertahankan perpaduan sekali gus menjadi generasi penerus untuk Malaysia.

Bagi menyambut hasrat Perdana Menteri bagi menerobos sehingga ke peringkat akar umbi, Siri jelajah SMP 2024 diteruskan ke negeri-negeri lain yang dijadualkan sehingga 29 Julai 2024 yang akan melibatkan Negeri Perlis dan Pahang termasuk program di Miri sebahagian siri jelajah SMP.

Pelbagai program telah dilaksanakan kepada masyarakat pada Karnival tersebut ialah, Jualan RAHMAH, Pameran Perkampungan Rumah Panjang Masyarakat Iban, 22 Rumah Etnik dan sebagainya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan