Search
Close this search box.
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman ketika berucap pada Majlis Penghargaan Sahabat Maktab di Ibu Pejabat TH Mekah, hari ini. Foto Zen Hashim (TVS)

Sahabat Maktab lancarkan operasi haji kali ini – Syed Saleh

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 22 Jun: Sahabat Maktab berperanan penting dalam membantu kelancaran operasi musim haji 1445H khususnya pada operasi Masyair, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, seluruh program Tabung Haji (TH) berjaya dengan bantuan dan sokongan Sahabat Maktab, seperti ketibaan kumpulan penerbangan (KT) di maktab, kempen kebersihan, pergerakan operasi masyair, edaran makanan, ‘head count’ selepas kembali dari Mina, serta rawatan perubatan diperlukan.

“Kita amat bersyukur, selain daripada mempunyai tenaga kekuatan petugas haji seramai 670 orang, kami berbesar hati dan gembira mempunyai tenaga kerja tambahan dari kalangan Sahabat Maktab TH.

“Meskipun perlu berkorban masa dan tenaga, kesemua mereka bertekad menyantuni Tetamu Allah dengan sebaiknya sepertimana yang dilakukan petugas TH sepanjang musim haji kali ini,” katanya.

Syed Saleh berkata demikian pada Majlis Penghargaan Sahabat Maktab di Ibu Pejabat TH Mekah di sini, hari ini.

Pada tahun ini seramai 315 jemaah haji Malaysia telah dilantik sebagai Sahabat Maktab terdiri daripada tiga kategori iaitu Sahabat Hujjaj, Sahabat Ibadat dan Sahabat Medik yang memberikan khidmat secara sukarela tanpa sebarang imbuhan.

Mereka yang terdiri daripada sembilan maktab masing-masing mempunyai latar belakang pengetahuan agama untuk membantu pengurusan maktab mengendalikan aktiviti jemaah haji.

Dalam pada itu Syed Saleh menzahirkan penghargaan kepada kesemua mereka yang terlibat dan menyatakan kesediaan untuk sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan dan pandangan daripada kumpulan Sahabat Maktab untuk proses penambahbaikan operasi pada masa akan datang.

“Program yang bermula sejak 2006 dan ditambah baik daripada tahun ke tahun memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu Tabung Haji untuk menyantuni duyufurrahman.

“Untuk ini kami amat bersyukur kerana memang ramai di kalangan jemaah haji Malaysia mempunyai sifat yang tidak memintingkan diri sendiri, prihatin dan suka membantu orang lain,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan