Search
Close this search box.
PTPTN memperkenal kempen penstrukturan pinjaman dengan kadar serendah RM300 sebagai inisiatif menggalakkan peminjam menyelesaikan pembayaran mereka yang tertunggak.

PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Buat julung kalinya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenal kempen penstrukturan pinjaman dengan kadar serendah RM300 sebagai inisiatif menggalakkan peminjam menyelesaikan pembayaran mereka yang tertunggak.

PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen selama dua bulan bermula 1 Jun lepas hingga 31 Julai ini adalah terbuka kepada semua peminjam yang mempunyai tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.

“Peminjam perlu membuat bayaran tunggakan serendah RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman dan diwajibkan membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.

“Dalam tempoh kempen ini, peminjam juga boleh membuat rundingan bayaran balik yang lain seperti pertukaran ujrah, penggabungan pinjaman dan penjadualan,” menurut kenyataan itu.

Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan sama memaklumkan kempen penstrukturan pinjaman itu akan dapat membantu mengurangkan dan mencapai tunggakan sifar sekali gus memperbaiki rekod kredit peminjam.

Beliau berkata komitmen peminjam membuat bayaran balik amat dihargai demi kelangsungan dana pinjaman pendidikan untuk generasi akan datang sekali gus memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki institusi pendidikan tinggi disebabkan masalah kewangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan