Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain pada Majlis Santunan Kasih Aidiladha eDOK 2024 di Alia Banquet Hall hari ini. Foto TVS

Proses basmi miskin tegar di Sarawak selesai pada 2026 – Fatimah

KUCHING, 22 Jun: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), bakal menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengenal pasti sekali gus membasmi golongan miskin tegar di seluruh negeri.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jumlah pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa Sarawak adalah pada aras RM1,298.

Bagaimanapun, katanya proses membasmi kemiskinan di tegar di negeri ini dijangka selesai sebelum atau 2026 kelak.

“Dengan senarai golongan miskin tegar yang ada diberi oleh pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak (SDO Sarawak) kita akan fokus usaha pembasmian kemiskinan dari senarai itu.

” Kaedah ini adalah bersasar iaitu kita keluarkan mereka dari kepompong tersebut dan kemudian kita pastikan masih hidup atau sudah meninggal, benar-benar miskin tegar atau sebaliknya dan sudah mendapat bantuan atau tidak daripada Jabatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media Majlis Santunan Kasih Aidiladha eDOK 2024 di Alia Banquet Hall, Jalan Muhibah pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Fatimah mengulas lanjut mengenai pembangunan infrastruktur di kawasan Dalat, berhubung kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai pembangunan infrastruktur di kawasan itu termasuklah jalan raya, pendidikan kesihatan, ibadah dan ekonomi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan