Search
Close this search box.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera BERSATU (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui selepas menyempurnakan Larian Baton SUKMA ke-21. Foto TVS

PRN ke-13: GPS percaya PKR tidak menongkah arus di Sarawak – Abdul Karim

KOTA SAMARAHAN, 22 Jun: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera BERSATU (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan bersifat menongkah arus pada Pilihan Raya Negeri ke-13 dengan menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Meskipun GPS merupakaan rakan kepada PKR dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan namum tegas Abdul Karim, GPS meneraju kerajaan negeri ini.

Abdul Karim berkata, kenyataan Setiausaha Kerja Penerangan PKR Sarawak Iswardi Morni yang menyatakan PKR negeri bersedia bertanding menentang GPS pada PRN ke-13 adalah bercanggah dengan kerjasama yang dilakukan antara GPS dengan parti itu di bawah Kerajaan Perpaduan.

Namun GPS katanya sentiasa bersedia untuk mempertahankan kedudukannya sebagai parti yang memimpin dan memerintah Sarawak pada pilihan raya itu kelak.

“Dahulu ketika PRN-12 saya menunggu beliau (Iswardi Morni) untuk bertanding menentang saya bagi merebut kerusi DUN Asajaya namun beliau tidak mahu bertanding.

“Jadi kalau dia dah kemaruk sangat hendak bertanding bolehlah berbuat demikian nanti dan kita di GPS sedia menunggu beliau namun saya percaya ketua paling atas PKR iaitu Perdana Menteri, Dato Sri Anwar Ibrahim, beliau tidak bersifat macam Iswardi Morni,” katanya selepas menyempurnakan Larian Baton SUKMA ke-21 di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Iswadi menyatakan kesediaan PKR Sarawak untuk bertanding menentang GPS pada PRN-13 akan datang sekiranya terdapat arahan daripada PKR pusat untuk berbuat demikian.

Menurutnya, walaupun GPS bersama membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat namun kerjasama itu hanya bersifat gabungan kerajaan bukannya gabungan kerjasama antara parti.

Ia kerana GPS menurut Iswardi bukan sebahagian daripada gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan