Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024, di sini, pada Sabtu. Foto Faitullah Morni (TVS)

PM Anwar luluskan peruntukan pendahuluan RM100 juta baik pulih sekolah, klinik daif di Sarawak

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 22 Jun: Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM100 juta sebagai bayaran pendahuluan bagi pembiayaan projek membaik pulih sekolah dan klinik daif di kawasan luar bandar Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan dalam kadar segera itu disediakan bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan di wilayah ini.

“Hari Isnin ini saya akan arahkan Kementerian Kewangan untuk menurunkan RM100 juta.

“Kalau tidak setiap kali program, Premier Sarawak akan tanya kita bila nak bayar hutang,” katanya dalam nada berseloroh ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024, di sini, pada Sabtu.

Pada masa sama, Anwar turut menyatakan kesediaan dalam memberi laluan kepada Kerajaan Sarawak untuk menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini bagi memastikan tiada projek yang tergendala.

Kerajaan Sarawak salur RM200 juta, baik pulih sekolah, klinik daif luar bandar – Abang Johari

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan Kerajaan Sarawak agar memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengurusan di peringkat daerah dan negeri dalam urusan pelaksanaan projek-projek pembangunan.

Tindakan sedemikian menurut Anwar, akan memudah dan mempercepatkan pelaksanaan projek, selain akan mewujudkan amalan kepercayaan antara semua pihak.

“Nak buat klinik di Kapit, tak payah tunggu Putrajaya untuk luluskan.

“Percayalah pada pengurusan di Kapit atau Kuching untuk luluskan. Luluskan dahulu.

“Asalkan ikut peraturan kewangan, jangan ada sakah-menyakau, ikut peraturan dan jalankan terus,” tegas beliau.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM200 juta sebagai inisiatif pembiayaan terlebih dahulu oleh Sarawak bagi pembangunan projek Persekutuan di wilayah ini.

Majlis turut menyaksikan Anwar menyampaikan Anugerah Ikon Sukan Belia Dayak 2024 kepada Datuk Pandalela Rinong bagi kategori Olahragawati Dayak 2024, Daeloniel Mcdelon Bong bagi kategori Olahragawan Dayak 2024, Angeline Melissa Lawas bagi kategori Olahragawati Para Dayak 2024 dan Gustin Jenang bagi kategori Olaharagawan Para Dayak 2024.

Turut hadir,  Timbalan-timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan