Search
Close this search box.
Seorang lelaki dipercayai cuba meragut barangan berharga milik seorang wanita warga China di Sepang semalam, ditahan pihak polis.

Penganggur cuba ragut barangan berharga milik warga asing ditahan

ByBernama

PUTRAJAYA, 22 Jun: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit kejadian cubaan meragut barangan berharga milik seorang wanita warga China di Southville City di Sepang semalam yang tular di media sosial. 

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di Kampung Jenderam Hilir kira-kira 4 petang semalam susulan laporan yang diterima. 

Beliau berkata pihaknya telah menerima laporan seorang lelaki yang telah merakam kejadian itu yang berlaku di sebuah kawasan kediaman di Southville City kira-kira 10.45 pagi semalam. 

“Suspek merupakan seorang pengangggur dan tidak mempunyai rekod lampau, turut dirampas motosikal yang digunakan dalam kejadian,” katanya sambil menambah permohonan reman akan dilakukan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 kanun keseksaan.  

Wan Kamarul meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak berkongsi berita yang tidak benar mengenai kejadian itu di media sosial. 

Difahamkan dalam kejadian tersebut, seorang lelaki menaiki motosikal dikesan cuba meragut barangan berharga mangsa yang diletakkan di tepi jalan.  

Namun, cubaan ragut itu tidak berhasil dan suspek kemudian melarikan diri, tetapi kejadian itu sempat dirakam orang awam, malah nombor pendaftaran motosikal suspek juga berjaya direkodkan dalam video berdurasi 28 saat yang tular di media sosial TikTok. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan