Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (dua, kanan) menyampaikan Geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) kepada Hairulnizam Ithnain (dua, kiri) pada Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Puvet ATM 2024 hari ini. Foto Bernama

Mindef sasar salur geran SPKLB kepada 200 usahawan veteran tahun ini

ByBernama

MUAR, 22 Jun: Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan untuk menyalurkan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) kepada 200 usahawan veteran angkatan tentera tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata SPKLB ialah kerjasama di antara Mindef melalui Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (Perhebat) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Kita memilih dalam kalangan veteran kita, usahawan dalam pelbagai bidang untuk menerima geran bantuan (SPKLB) daripada KKDW sebanyak RM5,000 setiap seorang,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) di sini hari ini.

Adly berkata keusahawanan menjadi tumpuan Mindef kerana hampir 80 peratus peserta yang menjalani kursus di Perhebat sebelum bersara dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih bidang keusahawanan.

Beliau berkata Mindef juga bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan kementerian yang lain untuk menyediakan peluang pendapatan baharu selain keusahawanan kepada veteran angkatan tentera selepas bersara.

Terdahulu, Adly menyampaikan geran SPKLB kepada 20 usahawan veteran ATM negeri Johor.

Menerusi PUVET ATM, veteran turut menikmati manfaat seperti pemadanan perniagaan atau ‘business matching’, akses terus kepada insentif keusahawanan seperti kemudahan, latihan dan konsultansi dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.

Program berkenaan memfokuskan kepada pemerkasaan veteran dalam kerjaya kedua khususnya keusahawanan bagi membantu mereka dalam kelompok B40 meningkatkan taraf hidup masing-masing.

PUVET ATM juga berperanan sebagai pemudah cara dan penghubung untuk mengenal pasti dan menyalurkan insentif keusahawanan merangkumi khidmat kepakaran, kemudahan, geran dan latihan yang diperlukan oleh usahawan veteran ATM untuk memajukan perniagaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan