Search
Close this search box.
Kubu Lily di Betong, Sarawak merupakan antara 12 kubu telah diwartakan sebagai warisan di bawah Ordinan Warisan Sarawak 1993. Foto TVS

Kubu Lily di Betong pahat sejarah perjuangan Rentap

ByAdlina Rahman

KUCHING, 22 Jun: Sejarah perjuangan ‘Raja Darat’ atau Pahlawan Iban terkenal, Rentap yang menentang penjajahan British di Sarawak pada sekitar tahun 1854 kekal mekar sehingga ke hari ini dengan berpaksikan kepada Kubu Lily di Betong, Sarawak.

Terletak kira-kira 247 kilometer (km) dari Bandaraya Kuching, kubu ini menjadi tarikan pengunjung tempatan mahupun luar yang datang untuk melihat tinggalan sejarah yang dibina oleh kerajaan British di Sarawak, selain ia terkenal sebagai kubu pertahanan bagi menentang serangan Rentap dan pengikutnya pada ketika itu.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Koleksi Jabatan Muzium Sarawak, Dora Jok, kubu ini sudah lama ditinggalkan sebelum dibina semula pada tahun 2019.

“Pembinaan semula kubu itu mengikut kaedah, seni bina dan menggunakan bahan binaan asal seperi kayu belian. Setelah siap dibina semula pada tahun 2021, kami turut melengkapkannya dengan pameran berkaitan sejarah kubu itu dan juga sejarah mengenai penentangan Rentap dan masyarakat tempatan (terhadap penjajahan kerajaan British),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS, ketika ditemui di Kubu Lily dalam satu lawatan melalui program Media Famtrip; “Berambeh Ke Sarawak Delta Geopark” anjuran bersama Tourism Malaysia dan Sarawak Delta Geopark di Betong baru-baru ini.

Dora menambah, pihaknya turut merancang untuk mengadakan sebuah pameran baharu berkenaan sejarah tempatan itu menjelang awal tahun hadapan.

Kubu Lily di Betong, Sarawak merupakan antara 12 kubu telah diwartakan sebagai warisan di bawah Ordinan Warisan Sarawak 1993. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan