Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024 di sini, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kerajaan Sarawak salur RM200 juta, baik pulih sekolah, klinik daif luar bandar – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan negeri bakal menyalurkan peruntukan berjumlah RM200 juta bagi menambah baik sekolah dan klinik daif di kawasan luar bandar.

Khabar baik itu disampaikan beliau pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024 di sini, malam ini.

Beliau turut menetapkan bahawa peruntukan berkenaan harus dimanfaatkan dalam tempoh pelaksanaan iaitu 18 bulan sahaja.

“Kerajaan Sarawak bersedia menyalurkan dana setiap RM100 juta bagi sekolah dan klinik daif di kawasan luar bandar.

“Maklumkan awal agar boleh membayar semula kelak,” kata beliau.

Abang Johari dalam pada itu berharap kolaboratif Kerajaan Persekutan bersama Kerajaan Sarawak memberi sinar kepada pembangunan kawasan luar bandar di negeri ini.

PM Anwar luluskan peruntukan pendahuluan RM100 juta baik pulih sekolah, klinik daif di Sarawak

Sementara itu, dalam ucapan Abang Johari turut berkongsi inti pati lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kota Samarahan pada Mac lalu, merupakan persetujuan Anwar berhubung kolaboratif berkenaan.

Menurut Abang Johari, pada pertemuan berkenaan menjadi titik tolak lampu hijau daripada Anwar kepada Kerajaan Sarawak untuk menyalurkan peruntukan awal kepada kerja membaik pulih sekolah dan klinik daif di kawasan luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan