Search
Close this search box.
Kerajaan India pada Jumaat menguatkuasakan undang-undang baharu untuk mencegah rasuah dalam pelaksanaan peperiksaan. Foto hiasan Envato

India laksana undang-undang baharu cegah rasuah dalam peperiksaan

ByBernama

NEW DELHI, 22 Jun: Kerajaan India pada Jumaat menguatkuasakan undang-undang baharu untuk mencegah rasuah dalam pelaksanaan peperiksaan, lapor Xinhua.

Undang-undang baharu ini mengandungi peruntukan hukuman seperti penjara 10 tahun dan denda sebanyak 10 juta rupee India (kira-kira US$119,674) bagi mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan atau amalan rasuah semasa menjalankan peperiksaan untuk kemasukan ke kolej atau sektor kerajaan.

Diluluskan oleh Parlimen India pada Februari tahun ini, undang-undang baharu iaitu Akta Peperiksaan Awam (Pencegahan Kaedah Tidak Adil) 2024 mula berkuat kuasa pada Jumaat.

Langkah ini dianggap penting di tengah-tengah protes meluas oleh para pelajar dan kumpulan masyarakat sivil di seluruh negara terhadap Agensi Ujian Kebangsaan kerajaan persekutuan berikutan insiden berulang kebocoran kertas soalan peperiksaan peringkat kebangsaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan